jump to navigation

Kahwin dan persoalannya…. 28 March 2008

Posted by aoxoxz in Motivasi.
add a comment

Terkadang bicara jugak soal ini, namun hanya Dia mengetahui segalanya yang tersirat dan tersurat dihati..Satu dua minggu ni, sengaja mengimbas kembali ucapan Timbalan Ketua Pemuda PAS 2007-2009, Ustaz Nasruddin Tantawi berkenaan soal isteri. Beliau pernah ucapkan dalam satu majlis menceritakan perjalanan kisah hidupnya sebelum ini. Memang tak percaya apa yang diceritakan, tapi itulah hakikat kehidupan dan perjalanan seorang pejuang gerakan Islam.

Erm, kisahnya begini..Bila sahabat ana tanya..Nta dah kahwin? Jawab ana dah…Hehe, semua terkejut. Masakan tidak, takde sape pun tahu bila ana kahwin. Dengan siapa? Bila? Kenapa tak beritahu? Itu antara persoalan yang dilontarkan. Ana tersenyum melihatkan reaksi sahabat-sahabat ana. Mereka tak puas hati. Nak tau siapa zaujah ana…Ana jawab, nta orang mesti kenal punya bahkan memang rapat pun…Lagi la menimbulkan kehairanan sekalian mereka…Macam-macam nama dilontarkan, tapi tak semuanya betul..Akhirnya mereka mengalah…Tersenyum lagi ana melihatkan sekaliannya…

Bukan niat nak mempermainkan, tapi itulah hakikat dan apa yang disebut oleh ustaz Nasruddin dalam program bersamanya hampir 3 tahun dulu..Dia mengakui, isterinya dua. Isterinya yang pertama Jamaah PAS dan kedua isterinya sendiri..Keutamaan diberikan kepada isterinya yang pertama iaitu Jamaah PAS berbanding isterinya yang kedua.

Jadi, tak salah jika ana pun mengaku yang ana dah pun berkahwin. Hakikatnya, memang setiap rakan seperjuangan mengenali dengan rapat isteri ana. Bahkan mengenali dengan sebenarnya gerakan Islam tersebut…

Tercengang mereka dengan jawapn tersebut…Maka, kutinggalkan mereka dengan jawapan itu, agar mereka pun berfikir tentang itu……

Faqir ‘amal

Advertisements

Menulis… 24 March 2008

Posted by aoxoxz in Bicara Hati.
1 comment so far

Sekian kali bertemu sahabat2 lama, selalu ditanya…Anta tak menulis ke? Jawab ana memang jugak seringkali menghabiskan masa dengan menulis…Mereka seolah timbul minat menanyakan, Eh..nta ada blog ke? Kenapa tak bagitau….Bukan tak bgtau la, tapi memang tak berkesempatan menulis blog….

Semakin banyak persoalan tersebut ditanyakan sejak dua menjak ni…Maka, kenapa tidak aku menulis blog? Kan ke sama jer dengan kertas kerja yang dibuat waktu masa lapang…Cuma diterjemahkan dalam bentuk maya untuk tatapan pembaca lain….

Erm, mungkin jugak ada benarkannya…Tapi kekhuatiran yang timbul…Mampu ke aku istiqamah menulis? Supaya pengunjung tidak bosan apabila menatap bicara2 baru…Tambahan pula kesibukan yang benar mengejar diwaktu ini? Kesibukan belajar sebagai pelajar Perubatan Islam Darus Syifa, Pelajar Sarjana Eksekutif UKM, Komitmen Kerja, Kesibukan kerja gerakan Islam….Hampir tak terdaya berfikir lagi…Hanya tinggal 1-2 malam sahaja untuk rehatkan penat lelah badan…

Mungkin saja ini ujian pertama, nak menulis dan mantain blog ini…..Moga ku dikurniakan kekuatan…Lihat saja tokoh terdekat dengan kita Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, betapa banyak masa yang beliau ada untuk dirinya? Teringat pula kisah Saidina Umar yang membahagikan masanya kepada 3 bahagian…Satu untuk rakyatnya, satu untuk Tuhannya dan satu lagi untuk keluarganya…Mana masa untuk dirinya?

Erm, ku cuba kuatkan kudratku, demi apa yang diperjuangkan oleh mereka…Berjuang selagi mana ada daya usaha…Berusaha menyampaikan risalah Islam ke seluruh pelosok ‘alam, terlibat sepenuhnya untuk pembinaan generasi baru dan itulah yang mungkin menjadi sumber kekuatan diriku nanti….

Faqir ‘amal